Pejabat Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang

Kenyataan media berhubung pertukaran nama Pejabat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang kepada Majlis Kesultanan Pahang yang berkuatkuasa 1 Januari tahun hadapan.
Kenyataan media berhubung pertukaran nama Pejabat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang kepada Majlis Kesultanan Pahang yang berkuatkuasa 1 Januari tahun hadapan.
A
A
A

KUANTAN - Pejabat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dinamakan Majlis Kesultanan Pahang berkuatkuasa 1 Januari tahun hadapan.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, penukaran nama itu mendapat limpah perkenan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, institusi itu berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan baginda Sultan Pahang.

“Satu lagi sejarah terlakar bagi institusi terbabit yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang dan seluruh Institusi Istana Pahang sama ada urusan rasmi atau tidak rasmi,” katanya melalui kenyataan yang dikongsi melalui Facebook Kesultanan Pahang pada Selasa.

Mohamed Zahari berkata,, majlis itu juga berfungsi bertepatan dengan kedudukan baginda sebagai Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang dan jajahan takluknya yang memerintah mengikut undang-undang tubuh kerajaan Pahang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!