Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Rosli Hassan meninggal dunia

Rosli Hassan
Rosli Hassan
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Rosli Hassan, 49, disahkan meninggal dunia pada petang Selasa disyaki akibat komplikasi jantung.

Berita pemergian itu dimaklumkan isterinya, Rosabariah Shamsudin kepada rakan-rakan media sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah Serdang.

Difahamkan, arwah mengadu pedih ulu hati sejak 9 Disember lepas dan sempat mengambil cuti sakit selama dua hari.

Bagaimanapun, disebabkan keadaannya tidak membaik dan semakin sakit, beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kajang jam 5 pagi pada 11 Disember, kemudian ke Hospital Serdang dua hari selepasnya.

Figura yang sentiasa ceria dan disenangi ramai itu pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarang Berita Kosmo! dan wartawan edisi Melaka sekitar 2008.

Beliau meninggalkan seorang balu dan lima orang anak, seorang perempuan beserta empat lelaki.

Jenazah akan dibawa ke Surau An-Nur Pangsapuri Sri Malaysia Sungai Besi dan dikebumikan esok.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada isteri atau keluarga terdekat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!