Nahas lima kenderaan: Anak mangsa jalani pembedahan esok

Jenazah Khairul Izwan Mazupi, 32, isterinya Fadzlenna Ramli, 32, anak bongsu mereka Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66 dan Fauziah Jaafar, 69 tiba untuk disembahyangkan di Surau Al-Ikhlas, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi pada Selasa. Foto Bernama
Jenazah Khairul Izwan Mazupi, 32, isterinya Fadzlenna Ramli, 32, anak bongsu mereka Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66 dan Fauziah Jaafar, 69 tiba untuk disembahyangkan di Surau Al-Ikhlas, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

BANGI - Dua orang anak pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV), Khairul Ikhwan Mazupi, 32, yang terlibat dalam nahas di Melaka akan melakukan pembedahan pada Rabu.

Perkara itu dimaklumkan oleh bapa Allahyarham, Datuk Mazupi Abdul Rahman selepas pengebumian lima jenazah sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Mazupi berkata, kedua-dua cucunya yang berumur tujuh dan empat tahun perlu melakukan pembedahan kesan daripada insiden itu.

"Saya tidak mahu cakap panjang kerana mahu ke Melaka, masih ada dua cucu di hospital. Pagi esok mereka nak buat pembedahan paha patah," katanya.

Sebelum ini, nahas dalam kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selaran (PLUS) arah utara di Melaka turut mengorbankan isteri Khairul Ikhwan, Fadzlenna Ramli, 32, dan anaknya, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2.

Kemalangan itu turut mengorbankan bapa mertuanya, Ramli Ab Wahab, 66, dan isteri, Fauziah Jaafar, 69.

Sementara itu, dua anak Khairul Ikhwan iaitu Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, dan Nur Sofea Humaira, 4, dirawat di Zon Merah dan Zon Kuning Hospital Melaka.

Tambah beliau, difahamkan pihak polis telah mengumpul bukti berhubung nahas tersebut.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pendakwa raya akan mengambil tindakan kepada mereka yang melakukan kesalahan sehingga menyebabkan kematian.

"Saya percaya pihak polis telah melakukan siasatan dan kumpul bukti.

"Selain itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan Allahyarham dan mudah-mudahan diringankan azab kuburnya serta menjadi taman syurga," ulasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!