Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya

Dua maut dengan seorang daripadanya putus kaki kanan apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 130.1 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara) di sini, pada petang Selasa.
Dua maut dengan seorang daripadanya putus kaki kanan apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 130.1 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara) di sini, pada petang Selasa.
A
A
A

MUAR – Dua maut dengan seorang daripadanya putus kaki kanan apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 130.1 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara) di sini, pada petang Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, dalam kejadian 5.24 petang, mangsa maut ialah seorang lelaki yang juga penunggang motosikal berusia 28 tahun dan pembonceng, wanita berusia 29 tahun warga Singapura.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, motosikal ditunggang lelaki warga tempatan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.

"Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal jatuh di lorong kanan, manakala pembonceng wanita tercampak ke lebuh raya sebelah.

"Penunggang motosikal parah di kepala, tangan dan badan manakala pembonceng putus kaki kanan. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!