Presiden Korea Selatan gagal hadir kali kedua untuk disoal siasat CIO
SEOUL - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Rabu sekali lagi tidak mengendahkan panggilan kedua daripada badan anti-rasuah yang menyiasat pelaksanaan undang-undang tentera yang kontroversi pada 3 Disember lalu, lapor agensi berita Yonhap.
Pejabat Siasatan Rasuah Pegawai Kanan (CIO) mengarahkan Yoon hadir sebelum jam 10 pagi sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang dibuat sebelum ini.
Ini adalah kali kedua Presiden Yoon gagal mematuhi arahan itu, selepas turut mengabaikan panggilan pertama CIO minggu lalu. - Bernama/Yonhap
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!