‘Papa sayang semua’ - Pesanan terakhir arwah Rosli Hassan

Gambar kenangan Allahyarham Rosli (kiri) bersama isteri dan anak-anak.
Gambar kenangan Allahyarham Rosli (kiri) bersama isteri dan anak-anak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Rosli Hassan sempat menitipkan pesanan terakhir kepada ahli keluarga dua hari lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir pada petang Selasa.

Isterinya, Rosabariah Shamsudin berkata, Allahyarham ada menyampaikan mesej ringkas menerusi aplikasi WhatsApp sebelum dia mendapat perkhabaran bahawa suaminya sedang bertarung nyawa.

“Arwah tulis ‘Papa sayang semua’ pada mesej terakhirnya. Selepas itu, dia memang tak buka WhatsApp.

"Tak lama kemudian, pihak hospital telefon dan beritahu arwah sedang kritikal,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Allahyarham selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Raudhatul Sakinah Sungai Besi, di sini.

Rosabariah menyifatkan Allahyarham Rosli seorang bapa yang penyayang, rapat dengan ahli keluarga dan sentiasa menyokong minat anak-anaknya.
Rosabariah menyifatkan Allahyarham Rosli seorang bapa yang penyayang, rapat dengan ahli keluarga dan sentiasa menyokong minat anak-anaknya.

Rosabariah memberitahu, Allahyarham merupakan seorang bapa yang penyayang, rapat dengan ahli keluarga dan sentiasa menyokong minat anak-anaknya.

Ujarnya, meskipun sedang sakit di hospital, arwah tidak mahu melepaskan momen-momen penting misalnya meminta pautan siaran langsung untuk menonton perlawanan bola keranjang anak keduanya.

Artikel Berkaitan:

“Dia memang peminat nombor satu dan sangat menyokong anaknya, setiap perlawanan memang dia akan tengok.

“Sebab itu dia masih meminta pautan nak tengok anaknya main walaupun sedang sakit,” jelasnya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!