Festival Darul Ehsan Berselawat tanpa penglibatan Gus Azmi

Kenyataan Sekretariat Festival Darul Ehsan Berselawat pada Rabu.
Kenyataan Sekretariat Festival Darul Ehsan Berselawat pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Festival Darul Ehsan Berselawat membuat ketetapan meneruskan festival itu tanpa penglibatan pendakwah dari Indonesia, Mohammad Ulul Azmi Askandar atau lebih dikenali Gus Azmi.

Sekretariatnya dalam satu kenyataan memaklumkan, perkara itu diputuskan selepas pertimbangan lanjut mengenainya dibuat.

Bagaimanapun, kenyataan itu memberitahu, festival yang diadakan di Setia City Park Oval Lawn di sini akan berlangsung seperti yang dijadualkan sebelum ini.

"Segala keprihatinan pendukung Festival Darul Ehsan Berselawat adalah keutamaan kami.

"Sokongan daripada anda semua amatlah kami hargai dan jumpa di sana pada 27, 28 dan 29 Disember nanti," ujar kenyataan itu pada Rabu.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, jemputan Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

Ia susulan pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok di atas pentas.

Tindakan penganjur mengundang Gus Azmi dalam majlis agama dibimbangi memberi contoh tidak baik kepada masyarakat tambahan pula rokok telah difatwakan haram di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!