Banjir kembali landa Raub, Lipis

Banjir kembali melanda Raub dan Lipis apabila 22 mangsa daripada lapan keluarga di kedua daerah itu dipindahkan ke tiga PPS susulan hujan berterusan sejak Selasa. Gambar hiasan
Banjir kembali melanda Raub dan Lipis apabila 22 mangsa daripada lapan keluarga di kedua daerah itu dipindahkan ke tiga PPS susulan hujan berterusan sejak Selasa. Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Banjir kembali melanda Raub dan Lipis apabila 22 mangsa daripada lapan keluarga di kedua daerah itu dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) susulan hujan berterusan sejak Selasa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lipis memaklumkan dua kampung terjejas iaitu Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit dengan mereka yang terkesan dipindahkan ke PPS sekitar 11.30 pagi hingga 12 tengah hari Rabu.

"Banjir yang berlaku di Lipis berpunca akibat sungai dari Raub yang mengalir ke sungai di Lipis melimpah sehingga mengakibatkan beberapa rumah ditenggelami air paras paha.

"Seramai 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Masjid Kampung Beletik dan Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit,” menurut JPBD dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, semakan di portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), lima sungai di negeri ini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga iaitu Sungai Jelai di Jeti Lipis, Sungai Jelai di Jeram Bungor dan Sungai Jelai di Kuala Medang, Lipis; Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh serta Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!