Harga petrol RON97 naik lagi 3 sen

Harga runcit petrol RON97 meningkat sebanyak 3 sen seliter daripada RM3.22 kepada RM3.25 seliter. Gambar hiasan
Harga runcit petrol RON97 meningkat sebanyak 3 sen seliter daripada RM3.22 kepada RM3.25 seliter. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97 meningkat sebanyak 3 sen seliter daripada RM3.22 kepada RM3.25 seliter, manakala bagi RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter bagi tempoh 26 Disember hingga 1 Januari 2025.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pula masih sama iaitu RM2.95 seliter, manakala harga runcit diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan kekal dengan RM2.15 seliter.

Menurutnya, kos itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

”Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia.

“Kerajaan juga akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!