Lori tangki muatan minyak sawit terbabas akibat masalah brek

Tular video di media sosial memaparkan sebuah lori tangki terbabas di Lebuhraya Karak pada Rabu.
Tular video di media sosial memaparkan sebuah lori tangki terbabas di Lebuhraya Karak pada Rabu.
A
A
A

GOMBAK - Sebuah lori tangki dipercayai mengalami masalah brek sebelum terbabas dalam kejadian di Kilometer 28, Lebuhraya Karak pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika lori tangki berkenaan dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Pelabuhan Klang.

"Lori membawa muatan minyak sawit itu dipandu seorang lelaki tempatan berumur 41 tahun dipercayai mengalami masalah brek dan gagal berfungsi.

"Lori terbabit kemudiannya hilang kawalan sebelum terbabas di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, kemalangan bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan lain.

"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Pavinar Krishnamurthy di talian 017-4424699 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan sebuah lori tangki terbabas di Lebuhraya Karak pada Rabu.

Video itu dipercayai diambil daripada kamera papan pemuka kenderaan lain yang berada di lokasi ketika kejadian itu berlaku.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!