Bertengkar gara-gara tak beri signal ketika membelok

Suspek bertindak menahan kereta mangsa selepas mendakwa mangsa tidak memberi signal ketika membelok.
Suspek bertindak menahan kereta mangsa selepas mendakwa mangsa tidak memberi signal ketika membelok.
A
A
A

SHAH ALAM - Gara-gara didakwa tidak memberi signal ketika membelok, seorang pemandu kereta ditahan penunggang motosikal sebelum berlaku pertengkaran antara mereka dalam kejadian di Jalan Kebun pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berumur 26 tahun bertindak melaporkan kejadian pada jam 8.36 malam.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku apabila suspek yang menunggang motosikal bertindak menahan kereta dipandu mangsa.

"Siasatan mendapati kejadian itu berpunca akibat mangsa didakwa tidak memberi signal ketika membelok mengakibatkan suspek hampir terjatuh," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, pertengkaran kemudiannya terjadi antara kedua-dua mereka.

"Mangsa dan suspek bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan ketika kejadian itu.

"Siasatan berkaitan kejadian dijalankan sebelum kedua-dua individu terlibat ini berdamai dan menarik semula laporan yang dibuat," katanya.

Menurutnya, susulan itu kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan peka semasa di jalan raya serta patuh pada undang-undang yang ditetapkan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!