Jana pendapatan sampingan dengan jual belalang padi

Muhammad Rozali yang bekerja sebagai pemotong rumput berkata menjual serangga kecil itu hampir 10 tahun lalu sebagai pendapatan sampingan untuk menyara keluarga. Foto Bernama
Muhammad Rozali yang bekerja sebagai pemotong rumput berkata menjual serangga kecil itu hampir 10 tahun lalu sebagai pendapatan sampingan untuk menyara keluarga. Foto Bernama
A
A
A

TANAH MERAH - Belalang padi menjadi sumber pendapatan sampingan kepada seorang pemotong rumput bagi menyara keluarga, di Kampung Rambai, Tok Chedol di sini.

Muhammad Rozali Zulkifli, 37, berkata, menjual serangga kecil itu menjadi pendapatan sampingannya sejak hampir 10 tahun lepas.

"Pada permulaan, saya jual belalang ini secara kecil-kecilan kepada penduduk namun tidak menyangka ia mempunyai peminat sekali gus mendapat permintaan tinggi.

"Belalang padi ini saya cari sendiri pada waktu malam di kawasan sawah berdekatan rumah dan setiap malam saya tangkap serangga ini kira-kira satu kilogram untuk dijual kepada pelanggan," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya pada Rabu.

Muhammad Rozali menunjukkan sebahagian belalang padi yang berjaya ditangkap ketika ditemui Bernama di Kampung Rambai Tok Chedol di sini. Foto Bernama
Muhammad Rozali menunjukkan sebahagian belalang padi yang berjaya ditangkap ketika ditemui Bernama di Kampung Rambai Tok Chedol di sini. Foto Bernama

Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia menggunakan jala bagi menangkap belalang padi di rumput menerung dan sawah padi.

Muhammad Rozali berkata, dia keluar rumah seawal jam 8 hingga 12 tengah malam setiap hari dan tangkapan banyak diperoleh pada musim hujan.

"Belalang yang ditangkap ini direndam dan digoreng seketika terlebih dahulu sehingga bertukar warna kemerahan sebelum dijual," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dia bersama isteri Nor Wan Zianal Atikah Aziz, 27, menggunakan kemudahan teknologi Internet untuk mempromosi produk belalang melalui media sosial Facebook bagi meningkatkan hasil jualan.

Sebahagian belalang padi yang berjaya ditangkap Muhammad Rozali ketika ditemui Bernama di Kampung Rambai Tok Chedol di sini. Foto Bernama
Sebahagian belalang padi yang berjaya ditangkap Muhammad Rozali ketika ditemui Bernama di Kampung Rambai Tok Chedol di sini. Foto Bernama

"Alhamdulillah saya mampu memperoleh RM500 hingga RM700 sebulan bagi menambah pendapatan untuk keperluan harian keluarga.

"Saya jual RM10 bagi 100 gram kepada pelanggan di sekitar Tanah Merah dan di negeri seperti Selangor, Perlis dan Pulau Pinang," katanya sambil menambah selain digoreng bersama kunyit, belalang padi juga dijadikan kerisik. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!