Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
ASTANA - Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Dalam insiden itu, seramai 38 penumpang dilaporkan terkorban.
Agensi berita Rusia, Interfax melaporkan, jumlah penumpang yang maut disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan, Kanat Bozumbayev dalam satu pertemuan dengan delegasi Azerbaijan di Aktau.
Dalam pada itu, pihak berkuasa memaklumkan sekurang-kurangnya 29 mangsa yang terselamat sedang menerima rawatan di hospital.
Menurut Azerbaijan Airlines, punca awal nahas dikaitkan dengan perlanggaran pesawat dengan sekumpulan burung.
Kementerian Pengangkutan Kazakhstan mengesahkan terdapat 62 penumpang dan lima anak kapal di dalam pesawat malang itu. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!