Lelaki warga Thailand dicekup masuk Malaysia guna pangkalan haram

Seorang lelaki warganegara Thailand di tahan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa selepas memasuki negara ini menggunakan pangkalan haram di Kampung Pulau Ular, Tumpat pada Rabu. Foto PGA
Seorang lelaki warganegara Thailand di tahan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa selepas memasuki negara ini menggunakan pangkalan haram di Kampung Pulau Ular, Tumpat pada Rabu. Foto PGA
A
A
A

TUMPAT - Seorang lelaki warga Thailand ditahan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa selepas memasuki negara ini menggunakan pangkalan haram di Kampung Pulau Ular di sini pada Rabu.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, tangkapan ke atas lelaki itu dilakukan pada jam 11.30 pagi selepas anggota bertugas melihat sebuah bot dari Thailand menurunkan penumpang di bawah jambatan Kampung Pulau Ular.

"Menyedari kehadiran anggota PGA pemandu bot terus bertindak melarikan diri dengan meninggalkan penumpang tersebut," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati suspek gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah dan masuk ke negara ini menggunakan pangkalan haram.

Ujarnya, suspek telah ditahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan rentas sempadan secara haram dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!