LEKAS laksana laluan kontra bagi kerja pembaikan pembetung, cerun
SHAH ALAM - Lebuhraya Kajang - Seremban Sdn Bhd (LEKAS) melaksanakan laluan kontra untuk kerja pembaikan pembetung dan cerun di Kilometer (KM) 9.3 arah utara/Kajang bermula 25 Disember pada jam 9 malam.
LEKAS dalam satu kenyataan berkata, ia melibatkan laluan sepanjang 2.4 kilometer dari KM11.3 sebelum persimpangan bertingkat Eco Majestic sehingga KM8.9 persimpangan bertingkat Semenyih.
Menurutnya, pasukan tindakan kecemasan LEKAS akan melaksanakan pelan pengurusan trafik untuk memastikan keselamatan pengguna.
“Semua pengguna lebuh raya LEKAS dinasihatkan mematuhi arahan trafik dan papan tanda jalan di lokasi.
“Segala kesulitan amatlah dikesali dan untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi talian infoline LEKAS 1-800-888-02,” katanya pada Khamis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!