Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique

Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
A
A
A

MAPUTO - Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.

Menurut Komander Umum Polis Negara itu, Bernardino Rafael, insiden itu berlaku di tengah-tengah gelombang ketegangan sivil berkaitan dengan keputusan pilihan raya Oktober yang dipertikaikan.

Mahkamah tertinggi Mozambique pada Isnin mengesahkan kemenangan parti pemerintah lama, Frelimo, dalam pilihan raya tersebut.

Keputusan ini mencetuskan protes besar-besaran di seluruh negara oleh kumpulan pembangkang dan penyokong mereka, yang mendakwa pilihan raya itu dicemari penipuan.

Dalam pada itu, Rafael menyalahkan protes di luar penjara sebagai faktor yang mencetuskan rusuhan tersebut.

Tambah beliau, konfrontasi selepas itu menyebabkan 33 kematian dan 15 cedera di kawasan sekitar penjara.

Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.

Beliau juga mendedahkan terdapat percubaan melarikan diri di dua penjara lain.

Artikel Berkaitan:

Menteri Dalam Negeri Mozambique pada Selasa berkata sekurang-kurangnya 21 orang telah terbunuh dalam rusuhan susulan keputusan mahkamah tertinggi.

Sebelum insiden selasa, kumpulan pemantau masyarakat sivil, Plataforma Decide, melaporkan sekurang-kurangnya 130 orang telah terbunuh dalam pertembungan dengan polis sejak protes bermula. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!