26 individu ditahan judi laga ayam

Seramai 26 individu ditahan terlibat dalam aktiviti perjudian laga ayam di Tapah. Foto ihsan pembaca (Gambar kecil: Zulkafli)
Seramai 26 individu ditahan terlibat dalam aktiviti perjudian laga ayam di Tapah. Foto ihsan pembaca (Gambar kecil: Zulkafli)
A
A
A

TAPAH - Seramai 26 individu termasuk 18 warga Indonesia ditahan polis selepas disyaki terbabit dengan kegiatan perjudian laga ayam di sebuah kebun kelapa sawit di Air Kuning di sini pada Rabu.

Serbuan sekitar jam 2 petang itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, kesemua suspek termasuk seorang wanita warga Indonesia yang berusia 31 hingga 50 tahun itu berjaya ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan haram itu.

"Polis merampas 49 ekor ayam laga, lima sangkar besi, 22 telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM18,314.

"Kesemua tangkapan direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi meneruskan siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 32(1)(a) dan Seksyen 32(2)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!