IOIPG rai kanak-kanak rumah kebajikan

Kakitangan IOIPG meraikan kanak-kanak dan remaja dari Pusat Jagaan Rumah Keluarga Kami (RKK) Kajang sempena Krismas baru-baru ini.
Kakitangan IOIPG meraikan kanak-kanak dan remaja dari Pusat Jagaan Rumah Keluarga Kami (RKK) Kajang sempena Krismas baru-baru ini.
A
A
A

IOI Properties Group (IOIPG) menerusi IOIPG Foundation Christmas Wish Tree meraikan 22 kanak-kanak di Pusat Jagaan Rumah Keluarga Kami (RKK) Kajang, Selangor.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan tersebut, Kim Teoh berkata, usaha tersebut penting bagi memberi impak positif kepada masyarakat yang memerlukan bantuan.

Menurutnya, yayasan IOIPG akan terus memperkasa belia selain meneruskan semangat memberi kepada golongan yang memerlukan.

"Menyaksikan keterujaan kanak-kanak dan mengetahui bahawa kakitangan kami memainkan peranan dalam merealisasikan hasrat mereka benar-benar menggembirakan.

"Inisiatif ini mencerminkan kepercayaan mendalam IOIPG untuk mengubah kehidupan, nilai yang diterapkan oleh pengasas kami iaitu, mendiang Tan Sri Dr Lee Shin Cheng.

“Melalui Yayasan IOIPG, kami berdedikasi untuk meneruskan legasinya dengan memperkasakan belia dan memupuk semangat memberi dalam komuniti kita,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, menurut Teoh, selain beramah mesra, mereka turut mengadakan pelbagai aktiviti dan permainan menarik sepanjang hari bagi mencipta kenangan gembira sempena hari Krismas.

Tambahnya, kakitangan mereka turut menyumbang RM1,000 secara peribadi selain menikmati hidangan perayaan dan mencipta pengalaman Krismas yang cukup bermakna kepada kanak-kanak tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ujar beliau, dengan meneruskan inisiatif tersebut mereka akan berusaha memenuhi hasrat pendidikan, pembangunan belia dan keperluan hidup setiap kanak-kanak.

“Kami turut menyediakan persembahan luar biasa termasuk acara nyanyian, tarian, beatboxing dan persembahan piano.

“Usaha ini menunjukkan IOIPG akan meneruskan tanggungjawab sosial korporat dan dedikasi sedia ada untuk menyokong komuniti yang kurang bernasib baik.

“Kami akan memperkasakan belia dan terus memperjuangkan visi syarikat untuk memberi impak positif yang berkekalan dalam kehidupan kanak-kanak ini dan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!