20 kucing besar mati akibat selesema burung

Sebanyak 20 kucing mati antara akhir November dan pertengahan Disember di sebuah santuari di Washington akibat selesema burung. Foto hiasan
Sebanyak 20 kucing mati antara akhir November dan pertengahan Disember di sebuah santuari di Washington akibat selesema burung. Foto hiasan
A
A
A

NEW YORK - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 20 ekor kucing besar termasuk seekor harimau separuh bengal dan empat ekor kugar, mati antara akhir November dan pertengahan Disember di sebuah santuari di negeri Washington, Amerika Syarikat, selepas dijangkiti selesema burung, menurut pengarah pusat itu, lapor Xinhua.

"Kami tidak pernah mengalami sesuatu seperti ini; biasanya mereka mati kerana usia tua," menurut Mark Mathews, pengasas dan pengarah Wild Felid Advocacy Centre di Shelton, Washington. "Bukan seperti ini, virus ini sangat berbahaya."

Tiga kucing besar lain telah pulih daripada virus itu, sementara seekor lagi masih berada dalam keadaan kritikal pada Selasa, tambah beliau.

Santuari itu dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata fasiliti itu berada di bawah dikuarantin dan akan ditutup sehingga diberitahu kelak bagi membolehkan habitat disanitasi.

"Virus ini mula menunjukkan gejala pada November dalam kalangan populasi kugar dengan beberapa kucing besar mengalami simptom seperti pneumonia.

"Dalam beberapa hari, spesies lain mula menunjukkan tanda-tanda penyakit," lapor The New York Times mengenai kematian itu pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!