Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara

Sejurus insiden, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi bagi operasi pemadapan api. - Foto REUTERS
Sejurus insiden, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi bagi operasi pemadapan api. - Foto REUTERS
A
A
A

GAZA - Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.

Insiden itu disahkan pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Sejurus insiden, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi bagi operasi pemadapan api.

Anggota turut dilihat sedaya upaya membuka pintu van.

Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.

Van tersebut digunakan wartawan daripada saluran televisyen Al-Quds Al-Youm untuk melaporkan dari dalam hospital dan kem Nuseirat.

Israel bagaimanapun tidak memberi sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan. - Agensi/ Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!