38 disahkan terkorban dalam nahas pesawat Azerbaijan Airlines
ASTANA - Nahas pesawat berhampiran Aktau sah meragut 38 nyawa, menurut Marat Karabayev, Menteri Pengangkutan Kazakhstan, lapor Agensi Berita Azerbaijan (Azertac).
"Terdapat 67 orang di dalam pesawat - 62 penumpang dan lima anak kapal. Malangnya, 38 orang terkorban dan 29 selamat," jelas Karabayev semasa sidang media di Aktau.
Antara mangsa, 23 daripada 37 adalah warga Azerbaijan yang berada di dalam pesawat, maut, manakala 14 lagi selamat. Semua tiga penumpang dari Kyrgyzstan terselamat.
Daripada 16 warga Rusia, tujuh terkorban dan sembilan selamat. Semua enam warga Kazakhstan di dalam pesawat meninggal dunia.
Kru pesawat terdiri daripada lima anggota, dua terkorban manakala tiga selamat.
Pesawat milik Azerbaijan Airlines itu dalam penerbangan dari Baku ke Grozny ketika ia terhempas pada pagi Rabu berhampiran Aktau. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!