Lotus's Paradigm tampil berwajah baharu

Lotus’s Paradigm menawarkan diskaun pelbagai jenis daging.
Lotus’s Paradigm menawarkan diskaun pelbagai jenis daging.
A
A
A

PETALING JAYA- Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) menaik taraf cawangannya di pusat beli-belah, Paradigm Mall dengan menawarkan lebih 850 pilihan produk premium dan mampu milik dari pengeluar tempatan serta luar negara.

Pengarah Stor (Kawasan Sentral) Lotus’s Malaysia, Thinesh Subramaniam berkata, cawangan yang kini berwajah baharu itu menampilkan pelbagai pilihan produk import dari Jepun, Korea, China, Thailand, Australia, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Menurutnya, antara barangan tersebut termasuk sos masakan, minuman, manisan, makanan dalam tin, mi dan produk sejuk beku yang boleh didapati di ruang Makanan Antarabangsa yang khas disediakan.

“Stor yang mempunyai keluasan sekitar 5,000 meter persegi ini telah dinaik taraf dan kini dipenuhi dengan lebih daripada 14,000 pilihan produk yang ditawarkan kepada pelanggan termasuk barangan dari luar negara.

“Kami juga mengubah susun atur ruang stor agar lebih kemas, membuat penandaan lebih jelas serta menawarkan pelbagai jenis barangan baharu untuk memenuhi kehendak pelanggan yang mencari pilihan premium.

“Malah, stor ini bukan sekadar pasar raya biasa tetapi ia sama seperti Lotus's Rimbayu yang dilancarkan baru-baru ini dan ia dibuka untuk menjadi pusat komuniti bagi penduduk setempat serta pekerja pejabat di kawasan sekitar,” katanya selepas sesi taklimat bersama media di sini pada Jumaat.

THINESH
THINESH

Mengulas lanjut, menurut Thinesh, pihaknya menawarkan diskaun sehingga 25 peratus untuk wagyu A5 potongan 3 yakiniku dari Jepun yang dijamin halal selain penjimatan sehingga 30 peratus untuk daging lembu Grain Fed dari Australia jenis rib eye steak dan yakiniku.

Artikel Berkaitan:

“Kami membawa masuk semua daging dari Australia dan Jepun dengan kualiti premium yang sama pada harga yang sangat berpatutan dan mampu milik iaitu bermula RM99 hingga RM329 bagi satu kilogram (kg).

“Malah, kami juga membuat tawaran eksklusif khas untuk hari ini (Jumaat) sahaja untuk membolehkan pelanggan mendapatkan ayam pada harga RM5.99 yang terhad kepada 1,000 ekor.

“Tidak ketinggalan, pelanggan juga boleh mendapatkan barang basah dengan harga murah seperti udang 2XL RM27.99 per kg, Nasi Siambest Jasmine (RM33.88), Ferrero Rocher (RM25.99) dan Sunnyside Egg 12 biji iaitu Beli 1 Percuma 1 (RM7.99),” ulasnya.

Tambah Thinesh, terdapat juga tawaran barangan elektrik rumah pada harga yang berpatutan seperti Philips Induction Cooker pada harga RM129 dan Pensonic Stand Fan hanya RM79. Beliau berkata, bagi memenuhi cita rasa pencinta kopi, Espresso Lab kini dibuka semula kepada pelanggan selain pelbagai pilihan makanan sihat yang ditawarkan BMS Organic dan Oat Story manakala La Cucur pula akan kembali pada awal tahun depan di Lotus's Paradigm.

“Jenama roti eksklusif Lotus's iaitu Lo'Ti dengan lebih 50 jenis boleh didapati seperti sourdough, bagel, mufi n Inggeris dan croissant yang boleh dinikmati pelanggan sambil membeli barangan, malah ada juga bunga segar di Weng Hoa Florist yang terletak berdekatan kaunter pembayaran kedai.

“Buat peminat Coca Cola pula, mereka boleh mencuba mesin Icy Coke yang terbaru di mana ia boleh menukar minuman menjadi slushy sejuk beku dalam masa kurang 10 saat dan mesin ini hanya ada di Lotus's Paradigm manakala cawangan lain akan diperkenalkan pada tahun depan,” ulasnya.

Tawaran dan aktiviti menarik di Lotus's Paradigm

Lebih 50 jenis roti boleh didapati di Lotus’s Paradigm.
Lebih 50 jenis roti boleh didapati di Lotus’s Paradigm.



Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus's Malaysia, Azliza Azmel berkata, pihaknya menyediakan pelbagai tawaran dan aktiviti menarik sempena cawangan yang telah dinaik taraf tersebut.

Menurutnya, terdapat beberapa acara menarik di ruang Delightful Picks iaitu sampel produk dari jenama terkenal boleh didapati seperti Yeo's, Drinho, Kinder Bueno, Nutella, KitKat selain paparan Hari Natal serta pilihan hadiah menarik di reruai terpilih.

“Dapatkan juga cawan edisi terhad Chinese New Year Fortune Cat Yeo's secara percuma dengan pembelian minimum tiga karton minuman jenama berkenaan yang terpilih.

“Pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM138,888 dengan hanya membeli satu karton produk Drinho dan menjadi antara 120 pemenang untuk membawa pulang bagasi edisi terhad Pringles bernilai RM800 dengan membeli tiga produk tersebut dalam satu resit,” katanya.

Sementara itu, menurut Azliza, pelanggan bertuah telah mendapat e-baucar atau beg hadiah melalui pelbagai kempen dan aktiviti yang dijalankan bermula 20 hingga 22 Disember lalu.

Azliza berkata, 50 pelanggan pertama setiap hari dengan perbelanjaan minimum RM80 dalam satu resit berpeluang memenangi produk jenama Lotus's bernilai RM10 menerusi aktiviti ‘Siapa Cepat, Dia Dapat’.

“Kami juga membuka reruai permainan Ring Toss dan orang ramai boleh membawa pulang baucar Lotus's RM5 dengan perbelanjaan minimum RM80 yang terhad kepada 2,000 pemenang setiap hari.

“Selain itu, tiga pemenang akan mendapat e-baucar RM200 dengan perbelanjaan minimum RM120 dalam satu resit selain berpeluang membawa pulang beg tote edisi terhad Lotus's untuk pelanggan yang berbelanja dengan nilai sama.

“Malah, orang ramai juga boleh mendapatkan produk roti Lo'Ti secara percuma dengan hanya berkongsi foto roti kegemaran anda di media sosial,” ulasnya.

Ujar Azliza, diskaun eksklusif turut diberikan kepada pembeli di aplikasi Grab iaitu pelanggan baharu yang berbelanja minimum RM40 akan menikmati diskaun RM10 dengan menggunakan kod NEW2MART dan hanya terhad kepada dua penggunaan setiap akaun.

“Pelanggan sedia ada pula akan menikmati diskaun RM10 untuk setiap perbelanjaan RM150 manakala pelanggan baharu Foodpanda yang berbelanja RM45 ke atas akan mendapat diskaun sehingga 30 peratus.

“Penghantaran percuma untuk pelanggan sedia ada yang berbelanja minimum RM90. Orang ramai boleh merujuk Facebook dan Instagram Lotus's untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran berkenaan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!