HONOR Magic7 Pro bantu bongkar penipuan deepfake
Penipuan deepfake kini menjadi kebimbangan global dan menurut laporan New Straits Times, Malaysia mencatatkan kerugian sehingga RM500 juta pada tahun 2024 akibat penipuan menggunakan teknologi ini.
Jenayah siber yang makin meningkat itu juga turut mendapat perhatian serius daripada kerajaan terutamanya melalui Kementerian Komunikasi.
Menterinya, Fahmi Fadzil mengingatkan rakyat supaya berwaspada terhadap penipuan melibatkan video atau imej palsu yang dihasilkan AI.
“AI boleh menjadi alat untuk kebaikan atau kejahatan. Pastikan setiap maklumat yang diterima disahkan keasliannya,” tegas beliau.
Teknologi kecerdasan buatan (AI) telah dimanipulasi oleh penjenayah siber untuk menyamar sebagai individu terkenal, termasuk tokoh-tokoh terkemuka bagi memperdaya mangsa dalam transaksi penipuan.
Tokoh terkemuka jadi sasaran
Penjenayah penyamaran deepfake ini tidak memilih mangsa, malah beberapa tokoh dan selebriti negara termasuk Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Lee Chong Wei, dan Khairul Aming pernah dijadikan mangsa deepfake seperti dilaporkan Sinar Harian sebelum ini.
Malah Siti Nurhaliza turut mengingatkan masyarakat, terutamanya golongan warga emas agar berhati-hati terhadap tawaran palsu berupa hadiah wang tunai apatah lagi yang turut menggunakan identiti palsunya untuk memperdayakan mangsa.
Seorang pakar keselamatan siber dari Palo Alto Networks, David Rajoo, menjelaskan bahawa peningkatan kualiti deepfake menjadikannya lebih sukar untuk dikesan, sama ada secara manual atau dengan sistem automatik.
“Deepfake semakin sukar dibezakan dengan kandungan asli,” ujarnya.
Telefon pintar anti-penipuan pertama
HONOR Magic7 Pro menjadi telefon pintar pertama di dunia yang dilengkapi teknologi AI Deepfake Detection. Teknologi ini boleh mengenal pasti sama ada panggilan video menggunakan teknik perubahan wajah AI melalui aplikasi seperti WhatsApp, Messenger atau WeChat.
Ciri ini berfungsi dengan menganalisis pergerakan mata, pencahayaan, kejelasan imej dan ulang tayang video secara mendalam. Dalam masa tiga saat, HONOR Magic7 Pro akan mengeluarkan amaran jika anomali dikesan dan sekaligus dapat melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan.
HONOR turut memberikan jaminan bahawa segala privasi dan data pengguna terjamin serta tidak bocor. Teknologi ini menggunakan AI yang beroperasi sepenuhnya di peranti, tanpa perlu memuat naik data ke awan bagi memastikan privasi pengguna tetap terpelihara.
HONOR Magic7 Pro: Gabungan teknologi AI terkini
Selain pengesanan deepfake, HONOR Magic7 Pro menawarkan pelbagai ciri AI lain seperti Magic Portal 2.0 untuk memudahkan pertukaran aplikasi dan AI Notes yang mampu menjana minit mesyuarat serta ringkasan kandungan. Fungsi AI Translation juga menyokong bahasa Melayu dan 14 bahasa lain, menjadikan komunikasi rentas bahasa lebih mudah.
HONOR Magic7 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 9 Januari 2025, jam 2 petang. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan peranti canggih ini. Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web HONOR.
Peringatan: Di sebalik kemajuan teknologi, jangan mudah terpedaya. Kesedaran dan langkah berjaga-jaga adalah kunci utama untuk menangani ancaman penipuan digital!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!