Haram tubuh Sekretariat Sucikan Malaysia lawan rasuah

Adam (empat dari kanan) pada sidang akhbar Haram yang diadakan di Petaling Jaya pada Khamis. FOTO SINAR HARIAN - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Adam (empat dari kanan) pada sidang akhbar Haram yang diadakan di Petaling Jaya pada Khamis. FOTO SINAR HARIAN - MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

PETALING JAYA - Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (Haram) menyuarakan penolakan keras terhadap budaya rasuah yang didakwa semakin parah di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Adam Noor berkata, sebagai langkah strategik untuk menggerakkan kempen besar-besaran melawan rasuah di peringkat nasional, Haram mengumumkan pembentukan ‘Sekretariat Sucikan Malaysia’.

“Gerakan ini adalah respons kepada kebobrokan politik yang telah menjejaskan kehidupan rakyat, khususnya di Sabah.

“Dari infrastruktur yang usang hingga kepada isu bekalan air bersih yang tidak mencukupi, semuanya berpunca daripada salah guna kuasa dan ketirisan dana awam.

ADAM NOR
ADAM NOR

“Rakyat Sabah dan seluruh Malaysia berhak untuk hidup dalam keadaan yang lebih baik. Tetapi hak ini dirampas oleh mereka yang sepatutnya menjaga kebajikan rakyat,” katanya ketika sidang akhbar di sini pada Khamis.

Jelasnya, Haram turut mengecam pentadbiran kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap gagal menunaikan janji untuk membanteras rasuah.

"Pembebasan tokoh-tokoh politik yang terpalit dengan kes rasuah menimbulkan tanda tanya terhadap komitmen kerajaan.

Artikel Berkaitan:

“Kami kecewa kerana janji reformasi yang dilaungkan hanya tinggal retorik kosong. Sistem keadilan dilihat melindungi golongan elit, bukan rakyat,” katanya

Malah Haram juga mempersoalkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah, yang didakwa mencerminkan kegagalan pentadbiran negeri dan pusat dalam memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Penubuhan Sekretariat Sucikan Malaysia adalah untuk menyatukan gerakan mahasiswa dan masyarakat dengan menyeru semua lapisan masyarakat untuk bergabung tenaga dalam gerakan melawan rasuah,”katanya

Tambahnya,pihaknya juga bercadang mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk menunjukkan solidariti rakyat dalam menolak kebobrokan ini.

“Sekretariat juga mahu menuntut hukuman tegas terhadap individu terlibat rasuah tanpa sebarang pilih kasih,” ujarnya.

Haram dalam pada itu menyokong penuh terhadap gerak gempur rasuah yang dianjurkan oleh rakan-rakan Suara Mahasiswa (Universiti Malaysia Sabah) pada 31 Disember ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!