Bendera China pada roket: Polis panggil penganjur, rakam keterangan

Laporan Sinar Harian mengenai bendera China pada sayap replika roket di sebuah karnival di Tangkak.
Laporan Sinar Harian mengenai bendera China pada sayap replika roket di sebuah karnival di Tangkak.
A
A
A

TANGKAK - Polis telah memanggil penganjur pesta lampu LED untuk diambil keterangan susulan replika roket tertera logo bendera negara China yang turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, tindakan itu diambil susulan laporan berhubung insiden itu yang diterima pada Rabu.

"Laporan berkaitan rasa tidak puas hati berkenaan satu gambar replika roket yang tertera logo bendera China di pesta lampu LED festival di Dewan Serbaguna Bukit Gambir.

"Ia turut disiarkan dalam kumpulan Facebook 'Community Bukit Gambir Ledang Johor.

"Pengadu telah membaca komen daripada penduduk di kawasan Bukit Gambir yang rasa tidak selesa dengan keberadaan replika roket menampilkan logo bendera China," katanya dalam kenyataan pada malam Khamis.

Jelas Roslan, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 505(b)Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Sahrihan Jani dalam kenyataannya menyifatkan bendera negara China pada replika roket berkenaan disifatkan tidak sensitif dan dibimbangi boleh mencetuskan provokasi dalam masyarakat berbilang kaum.

Ujarnya, laporan polis berhubung insiden itu sudah dibuat Pemuda UMNO Bahagian Ledang pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!