Rumah setinggan, kereta Mercedes terbakar
KUALA LUMPUR - Sebuah rumah setinggan dan kereta jenis Mercedes yang diparkir di hadapan kediaman itu terbakar dalam kejadian di Kampung Chubadak di sini pada Khamis.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.11 petang.
Seramai 26 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dengan bantuan BBP Setapak, BBP Gombak Selatan dan BBP Hang Tuah ke lokasi kejadian.
Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II, Mohd Hafizan Hassan berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan rumah setinggan dan sebuah kereta.
"Anggaran kebakaran adalah sebanyak 100 peratus. Punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!