Kemarau kemenangan Manchester City berterusan

Silva meletakkan City di depan minit ke-14. Foto Agensi
Silva meletakkan City di depan minit ke-14. Foto Agensi
A
A
A

KEMARAU kemenangan penyandang juara Manchester City berterusan selepas berkongsi mata ketika melayan kunjungan Everton di Stadium Etihad dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Khamis.

The Citizens bimbingan Pep Guardiola, 53, terlebih dulu memimpin permainan hasil jaringan Bernardo Silva, 30, pada minit ke-14 selepas kali terakhir menang 3-0 ke atas Nottingham Forest, 5 Disember lalu.

The Toffees kendalian Sean Mark Dyche, 53, kemudian bangkit menyamakan kedudukan hasil sentuhan Iliman Ndiaye, 24, minit ke-36.

Keputusan seri keempat liga itu menyaksikan The Citizens juara empat kali berturut-turut tersebut mengumpul 28 mata selepas mengharungi 18 perlawanan.

Satu mata dibawa pulang dari Manchester itu merupakan keputusan seri kelapan Everton yang mengumpul 17 mata selepas mengharungi 17 perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!