[SOROTAN 2024] Polemik politik tanah air

Dr Mahathir, Tengku Zafrul, Sanusi dan Rafizi
Dr Mahathir, Tengku Zafrul, Sanusi dan Rafizi
A
A
A

BERIKUT adalah sorotan berita polemik politik negara sepanjang tahun 2024.

6 JANUARI - 7 wakil rakyat pembangkang sokong PM

6 JANUARI -
Tujuh MP Pembangkang sokong PM
6 JANUARI - Tujuh MP Pembangkang sokong PM

Seramai enam ahli Parlimen dan seorang ADUN pembangkang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan ADUN Selat Klang, Abdul Rashid Asari.

9 FEBRUARI - Kor Ming bikin kontroversi

9 FEBRUARI -
Kor Ming bikin kontroversi - Cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming untuk menjadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO mengundang kontroversi
9 FEBRUARI - Kor Ming bikin kontroversi - Cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming untuk menjadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO mengundang kontroversi

Cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming untuk menjadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO mengundang kontroversi.

Artikel Berkaitan:

2 APRIL - RoS lulus permohonan pindaan perlembagaan Bersatu

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan permohonan tersebut bagi membolehkan Bersatu mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada kerajaan.

6 APRIL - Isu stoking: Akmal ditahan polis

6 APRIL
Isu stoking, Akmal ditahan polis
6 APRIL Isu stoking, Akmal ditahan polis

ADUN Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima dua laporan berkaitan ucapan dan tindakan Ketua Pemuda UMNO itu berhubung isu stoking tertera kalimah ALLAH.

19 APRIL - Buang beras: bekas timbalan menteri mohon maaf

Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk, Seri Dr Ismail Mohamed Said memohon maaf selepas tular barangan keperluan asas antaranya beras, tepung dan sardin di pusat khidmatnya, dibuang di Jalan Pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh.

6 MEI - Syed Saddiq fail semakan tindakan sekat peruntukan

27 JUN -
Syed Saddiq lari 200km tanda protes
27 JUN - Syed Saddiq lari 200km tanda protes

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul tampil memohon semakan kehakiman terhadap kerajaan selepas menghentikan dan menyekat lebih RM730,000 peruntukan kawasan Parlimen Muar sejak tahun lalu.

19 MEI - Teresa Kok terima ugutan bunuh

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima kertas ugutan bunuh bersaiz A4 bersama dua peluru yang diletakkan dalam peti surat di kediamannya.

27 MEI - Kontroversi kontrak suami Hannah Yeoh

27 MEI
Kontroversi kontrak suami Hannah Yeoh
27 MEI Kontroversi kontrak suami Hannah Yeoh

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun mengesahkan kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada kerajaan negeri Selangor tidak mengandungi sebarang kesalahan.

24 JUN - Wan Saiful dedah cubaan pujuk sokong kerajaan

Datuk Wan Saiful Wan Jan buat pertama kalinya mendedahkan bukti bergambar dan perbualan aplikasi WhatApps berkaitan cubaan memujuknya untuk menyokong pentadbiran Perdana Menteri.

27 JUN - Syed Saddiq lari 200km tanda protes

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berlari dari Muar ke Parlimen sebagai tanda protes terhadap kerajaan berikutan menafikan peruntukan bagi Parlimen pembangkang.

4 JULAI - Noh Omar sertai Bersatu

BEKAS Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar mengesahkan menyertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta.

6 JULAI - PN menang di Sungai Bakap

PERIKATAN Nasional (PN) mempertahankan kerusi DUN Sungai Bakap apabila calonnya, Abidin Ismail menang Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti 4,267 undi.

10 JULAI - Speaker tolak permohonan Bersatu

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak permohonan parti itu supaya kerusi enam ahli Parlimennya yang berpaling tadah dikosongkan.

15 JULAI - Bersatu heret 6 MP, ADUN ke mahkamah

Bersatu mengambil tindakan undang-undang terhadap enam bekas ahli Parlimen dan ADUN mereka yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

18 JULAI - Wan Ahmad Fayhsal digantung 6 bulan

AHLI Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan susulan dakwaannya mengenai surat layang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

26 JULAI - Bekas menteri MCA meninggal dunia

BEKAS Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga bekas Timbalan Presiden MCA, Tun Michael Chen Wing Sum, 92, meninggal dunia.

2 OGOS - ADUN Mahkota meninggal dunia

ADUN Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, Johor.

10 OGOS - 'Saya dalang utama jatuhkan Tun M'

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku jadi dalang utama menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai PM ke-4 untuk menyelamatkan parti tersebut daripada pengharaman.

15 OGOS - Muhyiddin bebas 4 tuduhan

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.

17 OGOS - BN rampas Nenggiri

BARISAN Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi DUN Nenggiri. Calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan majoriti 3,352 undi dengan memperolehi 9,091 undi.

23 OGOS - MB Terengganu dianugerahkan gelaran Ir

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dianugerahkan gelaran Jurutera Profesional iaitu kelayakan tertinggi dalam profesion kejuruteraan di negara ini.

6 SEPTEMBER - Maszlee dedah kisah di sebalik 1BestariNet

ISU membabitkan 1BestariNet menjadi antara faktor yang membawa kepada peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan pada Januari 2020.

10 SEPTEMBER - Isu sijil halal: Teresa Kok hadir di Bukit Aman

AHLI Parlimen Seputeh, Teresa Kok tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya berkait isu sijil halal.

15 SEPTEMBER - PN tolak MoU peruntukan pembangkang

PEMBANGKANG membuat ketetapan menolak Memorandum Persefahaman (MoU) bersama kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

14 SEPTEMBER -Rafizi mahu saman Wan Ahmad Fayhsal

MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli bercadang memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan dakwaan menyeleweng duit kementerian.

28 SEPTEMBER - BN kekalkan kerusi Mahkota

BARISAN Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi DUN Mahkota dengan majoriti lebih besar apabila calonnya, Syed Hussien Syed Abdullah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) menewaskan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar.

4 SEPTEMBER -Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding

TAN Sri Muhyiddin Yassin kekal Presiden Bersatu, manakala Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.

25 OKTOBER - Teresa Kok saman Akmal

NAIB Presiden DAP, Teresa Kok memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di Mahkamah Tinggi Melaka berhubung isu sijil halal.

29 OKTOBER -Hilman ketuai Armada Bersatu

ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham diumumkan sebagai Ketua Armada Bersatu bagi penggal 2024-2027.

18 NOVEMBER - Bersatu saman Speaker Dewan Rakyat, lima bekas MP

Bersatu mengemukakan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, bagi menuntut perisytiharan keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak mengosongkan kerusi lima ahli Parlimen yang dipecat parti itu sebagai tidak berperlembagaan.

28 NOVEMBER - Bersatu umum tiga jawatan MPT

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya mengumumkan pelantikan jawatan kanan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) secara rasmi bagi sesi 2024 hingga 2027.

5 DISEMBER - MP Pendang digantung 10 hari

AHLI Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim diarah keluar Dewan Rakyat dan digantung 10 hari kerana mengeluarkan dakwaan negatif terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menerusi aplikasi TikTok pada 18 Julai lalu.

10 DISEMBER - Sanusi lepas, bebas

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam melepaskan dan membebaskan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor daripada pertuduhan menghasut berkaitan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu ceramah politik.

10 DISEMBER - 'Kalau ada siasatan, saya sedia'

TUN Dr Mahathir Mohamad sedia memberi kerjasama jika siasatan jenayah terhadapnya mahu dimulakan susulan syor daripada Laporan RCI berhubung kes Batu Puteh.

15 DISEMBER - Desas desus Tengku Zafrul sertai PKR

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui terdapat perbincangan awal bersama PKR untuk beliau menyertai parti itu, namun masih belum membuat sebarang keputusan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!