Kenduri kahwin beri tetamu sayur, buah

Tetamu diberikan buah-buahan atau sayur-sayuran sebagai buah tangan sebelum pulang ke rumah. Agensi
Tetamu diberikan buah-buahan atau sayur-sayuran sebagai buah tangan sebelum pulang ke rumah. Agensi
A
A
A

JAKARTA - Video memaparkan tetamu yang menghadiri kenduri kahwin di Yogyakarta, Indonesia diberi buah-buahan dan sayur-sayuran untuk dibawa pulang tular di platform media sosial Indonesia baru-baru ini.

Konsep yang jarang diketengahkan di mana-mana kenduri perkahwinan ini, berjaya mencuit perhatian netizen yang kagum dengan kesederhanaan majlis tersebut selain unik.

Dalam video yang dikongsi akaun Instagram @allana_organizer dan @holicticbukhi menyaksikan tetamu memilih sendiri sama ada mereka mahu membawa pulang sayur atau buah yang siap dibungkus oleh tuan rumah pengantin.

Buah-buahan tersebut termasuk petai, mangga, pisang manakala sayur-sayuran seperti pucuk ubi kayu dan kacang.

Malah, rempah ratus turut diberikan kepada tetamu yang hadir di majlis terbabit.

Bagi memeriahkan lagi majlis tersebut, tetamu juga dibenarkan mengucapkan tahniah kepada pengantin dengan membuat lukisan sendiri.

Bagi menghilangkan kebosanan kanak-kanak, mereka diberikan permainan tradisonal congkak di majlis tersebut.

"Apa pun konsepnya yang utamanya ia nampak sederhana dan tidak berlebihan.

Artikel Berkaitan:

"Saya sudah terbiasa dengan majlis yang dibuat berlebihan dan akhirnya pengantin terpaksa berhutang selepas itu," kata netizen. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!