Bendera China pada replika roket, MDT arah karnival ditutup serta-merta

Kakitangan MDT bertindak menurunkan struktur binaan berbentuk kapal angkasa ulang-alik yang mempamerkan pelekat bendera negara China.
Kakitangan MDT bertindak menurunkan struktur binaan berbentuk kapal angkasa ulang-alik yang mempamerkan pelekat bendera negara China.
A
A
A

TANGKAK – Karnival Fantasi Lampu LED di sini, diarahkan tutup serta-merta susulan tindakan penganjur mendirikan struktur binaan berbentuk kapal angkasa ulang-alik (space shuttle) yang mempamerkan pelekat bendera negara China.

Majlis Daerah Tangkak dalam satu kenyataan pada Jumaat menegaskan bahawa tindakan tersebut dilaksanakan kerana pihak penganjur didapati tidak mematuhi syarat-syarat penganjuran karnival yang dikenakan khususnya tidak menjaga sensitiviti masyarakat.

Penganjur mendirikan struktur binaan berbentuk kapal angkasa ulang-alik yang mempamerkan pelekat bendera negara China.
Penganjur mendirikan struktur binaan berbentuk kapal angkasa ulang-alik yang mempamerkan pelekat bendera negara China.

“Rabu lalu, pihak MDT telah menerima aduan mengenai tindakan penganjur karnival yang mendirikan struktur terbabit.

“Oleh itu, tindakan menurunkan struktur di Dewan Serbaguna Bukit Gambir itu telah dibuat dan satu notis arahan pemberhentian serta- merta telah dikeluarkan oleh pihak MDT kepada penganjur pada Khamis.

Tindakan menurunkan struktur di Dewan Serbaguna Bukit Gambir.
Tindakan menurunkan struktur di Dewan Serbaguna Bukit Gambir.

“Ia selaras dengan Seksyen 14(1)(b) dan 49(2) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Tangkak) 2017 kerana perlanggaran syarat tersebut,” menurut kenyataan berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, hasil pemantauan lanjut yang dilakukan pada Khamis mendapati tiada lagi sebarang aktiviti berjalan dan karnival berkenaan didapati telah ditutup sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

Tiada lagi sebarang aktiviti berjalan dan karnival berkenaan didapati telah ditutup sepenuhnya.
Tiada lagi sebarang aktiviti berjalan dan karnival berkenaan didapati telah ditutup sepenuhnya.

“Pihak MDT sentiasa menggalakkan aktiviti perniagaan di kawasan pentadbiran MDT dengan mematuhi syarat yang berkaitan.

“Bagaimanapun, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana peniaga yang gagal mematuhi syarat khususnya yang menimbulkan kegelisahan umum,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!