Wajah pesalah khalwat ditutup, berdiri membelakangi 90 saksi

Seorang duda menjadi individu pertama di Terengganu yang akan menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai kerana melakukan kesalahan khalwat berulang.
Seorang duda menjadi individu pertama di Terengganu yang akan menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai kerana melakukan kesalahan khalwat berulang.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Wajah pesalah khalwat ditutup menggunakan pelitup muka dengan tangannya disilangkan atas meja dalam keadaan berdiri membelakangi 90 saksi ketika pelaksanaan hukuman dijalankan di Dewan A'asim Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, di sini pada Jumaat.

Bagaimanapun, pesalah ketika itu kelihatan tenang dalam keadaan berdiri tegak serta tidak bersuara sepanjang hukuman sebatan sebanyak enam kali dijalankan terhadapnya.

Suasana di dalam dewan juga sepi tanpa suara selain pemerhati tekun memerhatikan pelaksanaan hukuman dijalankan ke atas pesalah.

Seorang duda yang menjadi lelaki pertama dijatuhi hukuman enam sebatan depan khalayak ramai selesai menjalani hukuman tersebut di Masjid Al-Muktafi Billah Shah di Kuala Terengganu pada Jumaat. Foto Bernama Foto X Tuan Ibrahim Tuan Man

Pemerhatian penulis mendapati, hukuman yang dijalankan tersebut tidaklah seteruk digambarkan orang ramai selama ini malah ia berjalan dalam tempoh yang begitu singkat.

Prosedur sebatan oleh tukang sebat dari penjara itu hanya memakan masa selama dua minit sebelum pesalah keluar diiringi dua pegawai penjara untuk masuk semula ke bilik pemeriksaan.

Kemudian kira-kira jam 3.12 petang, pesalah telah diiringi keluar dari dewan tersebut oleh beberapa pegawai penjara dengan menaiki van penjara untuk dibawa ke Penjara Marang.

Kes sebatan syariah yang mendapat liputan meluas daripada pelbagai pihak itu berjaya menarik perhatian lebih 100 orang yang berkumpul di luar selepas solat Jumaat untuk melihat bagaimana hukuman dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Lebih 100 orang yang berkumpul di luar selepas solat Jumaat untuk melihat hukuman dijalankan. - Foto X Tuan Ibrahim Tuan Man
Lebih 100 orang yang berkumpul di luar selepas solat Jumaat untuk melihat hukuman dijalankan. - Foto X Tuan Ibrahim Tuan Man

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang duda menjadi individu pertama di Terengganu yang akan menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai kerana melakukan kesalahan khalwat berulang.

Hukuman itu diputuskan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!