Tak sempat solat Jumaat, warga emas maut motosikal terbabas dalam parit

Motosikal berkenaan yang terbabas ke dalam parit - Foto IPD Kluang
Motosikal berkenaan yang terbabas ke dalam parit - Foto IPD Kluang
A
A
A

KLUANG - Hasrat seorang warga emas untuk menunaikan solat Jumaat tidak kesampaian apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang di Jalan Kampung Tengah, di sini pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 12.30 tengah hari apabila lelaki berusia 61 tahun itu dalam perjalanan dari rumahnya ke Masjid Kampung Tengah.

"Apabila tiba ke lokasi, motosikal terbabit dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di sebelah kanan jalan.

"Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Motosikal jenis Yamaha Ego SI (K1) yang ditunggang mangsa pula mengalami kerosakan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!