Inisiatif LZS dalam 30 tahun, perkukuhkan kepercayaan ummah

No Image Caption
A
A
A

Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengambil langkah strategik dalam usaha untuk membasmi kemiskinan masyarakat kawasan bandar di negeri Selangor. Langkah ini penting bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mengubah kehidupan mereka.

SJK tangani isu miskin bandar

LZS melancarkan Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) pada 2011 sebagai langkah proaktif menangani isu kemiskinan di bandar.

Menerusi kerjasama ketua penduduk, penolong amil kariah dan rakan sinergi lain, SJK dapat mengenal pasti setiap individu atau keluarga yang belum mendaftarkan diri sebagai asnaf.

Bait Al-Hasanah semai harapan, bina masa hadapan

Bait Al-Hasanah di Hulu Selangor menempatkan 26 pelajar asnaf dan beroperasi sehingga 2013 manakala Bait Al-Hasanah kedua ditubuhkan di Kuala Selangor.

Bermula tahun 2010, semua pelajar dipindahkan ke asrama Bait Al-Hasanah di Klang yang mampu menampung seramai 200 pelajar pada satu masa.

Bait Al-Mawaddah sentuhan kasih warga emas asnaf

Artikel Berkaitan:

Kompleks Warga Emas Bait Al-Mawaddah telah didirikan pada tahun 2014 dengan dana zakat, bagi memberi perlindungan kepada warga emas yang tidak mempunyai waris. Ia dibina atas tanah wakaf seluas 1.501 ekar milik MAIS dengan kos pembinaan sebanyak RM3 juta. Kompleks itu dilengkapi kemudahan moden dan sistem penjagaan yang teratur untuk warga emas.

Skuad Saidina Umar, tangan yang prihatin

Inspirasi daripada semangat Saidina Umar Al-Khattab dalam mencari asnaf pada zamannya, Skuad Saidina Umar (SSU) diperkenalkan pada tahun 2017 sebagai skuad khas yang menjejaki golongan memerlukan bantuan zakat dan menyelesaikan kes kritikal terutamanya melibatkan kebajikan asnaf utama (muqaddam).

Kes-kes yang kerap menjadi radar pemerhatian SSU termasuklah kisah tular di laman sosial, gelandangan, dihalau dan sebagainya.

SSU bertindak melakukan bancian dan siasatan, menyalurkan bantuan segera, membantu dalam proses pendaftaran sebagai asnaf terutamanya dari aspek pengisian borang serta melengkapkan dokumentasi yang diperlukan bagi memudahkan permohonan diproses.

Penolong Amil Kariah, wira komuniti

Penolong Amil Kariah (PAK) diperkenalkan sebagai pemudah cara LZS bermula tahun 1998. Mereka adalah wakil setempat yang memainkan peranan penting dalam menghubungkan LZS dengan komuniti.

No Image Caption

Sebagai mata dan telinga di lapangan, PAK berperanan mengenal pasti individu atau keluarga yang memerlukan bantuan serta membantu dalam urusan agihan zakat.

Hari ini, hampir 2,000 PAK telah dilantik di seluruh Selangor, berkhidmat untuk kesejahteraan ummah.

Baitus Salam permulaan sinar saudara baharu

Pusat perlindungan sementara mualaf Baitus Salam di Seksyen 19, Shah Alam, berfungsi sebagai pusat komuniti, membantu saudara baharu ketika menghadapi kesulitan dan menjaga kebajikan mereka di Selangor.

Tahun 2014, Baitus Salam berpindah ke tapak baharu seluas 2.65 ekar di Klang dan beroperasi pada 2016 di bawah MAIS sebelum diambil alih oleh LZS pada 2017.

Zakat on Wheels membawa kebaikan di setiap pelusuk

Zakat On Wheels (ZOW) merupakan inisiatif LZS dalam memberikan perkhidmatan lebih berkesan kepada masyarakat bagi membantu proses kutipan dan agihan zakat, khususnya di destinasi terpilih sejak 2015. Sebelum ini ZOW dikenali sebagai Kaunter Bergerak 2011.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah penerangan dan pembayaran zakat serta permohonan bantuan zakat.

Sehingga kini ZOW mempunyai enam lori dan sebuah van yang bergerak di seluruh Selangor.

iKerjaya membina masa depan, mengubah kehidupan

iKerjaya adalah program khas LZS bertujuan untuk membangunkan golongan asnaf dari segi ekonomi melalui peluang pekerjaan dan peningkatan kemahiran.

Program ini menyediakan latihan kemahiran, kursus keusahawanan dan padanan kerjaya khusus untuk asnaf fakir, miskin serta mualaf.

Matlamat utama iKerjaya adalah untuk membantu golongan asnaf meningkatkan kebolehpasaran mereka sekali gus memperbaiki taraf hidup dan keluar dari kategori penerima zakat. Usaha ini membuka laluan kepada golongan asnaf menjadi penyumbang kepada komuniti melalui zakat.

Modul pendidikan Zakat Selangor membina generasi celik zakat

Modul Pendidikan Zakat Selangor diperkenalkan pada tahun 2022 bagi menyebarluaskan pendidikan zakat dalam kalangan pelajar sekolah rendah agama dan menengah, dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Modul ini telah digunakan dalam sesi pembelajaran di sekolah rendah agama dan menengah yang bernaung di bawah JAIS. Sebanyak lima modul khusus diperkenalkan iaitu satu untuk pelajar sekolah rendah agama dan empat untuk pelajar sekolah menengah, dari tingkatan satu hingga tingkatan empat.

Modul-modul ini merangkumi aspek penting berkaitan zakat, termasuk kewajipan ibadah zakat, jenisjenis zakat, pengiraan zakat, prinsip agihan, pengurusan amil serta perundangan dan fatwa yang berkaitan dengan pengurusan zakat.

Pusat Inovasi dan Pembelajaran Al-Biruni mencipta peluang, mengubah masa depan

Dibangunkan pada April 2019, Pusat Inovasi dan Pembelajaran Al-Biruni merupakan inisiatif LZS dengan kerjasama Adab Youth Garage membantu anak-anak daripada keluarga B40 berumur antara 7 hingga 17 tahun.

Projek perintis ini telah dilaksanakan di tiga pusat Al-Biruni iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mentari, Petaling Jaya, Tanjong Karang dan Puchong itu bertujuan untuk menyantuni kanakkanak terutama dalam kalangan asnaf fakir dan miskin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!