Meneroka inisiatif ESG bersama LZS

LZS akan terus memperluaskan inisiatif yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan rakyat di Selangor.
LZS akan terus memperluaskan inisiatif yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan rakyat di Selangor.
A
A
A

Lembaga Zakat Selangor (LZS) terus memperkukuhkan kedudukan sebagai pelopor dalam inisiatif kelestarian dengan menerapkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam setiap operasinya.

Sejak penubuhannya, LZS telah mengintegrasikan konsep kelestarian ini dalam operasinya dan mendokumentasikan dalam Laporan Kelestarian 2023.

Sebagai institusi zakat pertama di Malaysia yang menerbitkan laporan kelestarian komprehensif ini, LZS telah mengikuti Piawaian Universal Inisiatif Pelaporan Global (GRI) 2021 dan selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari Bangsa-Bangsa Bersatu 2030 (UN SDG 2030).

LZS menerima Sustainability & CSR Malaysia Awards 2024 bagi kategori Organization of the Year (Zakat Management).
LZS menerima Sustainability & CSR Malaysia Awards 2024 bagi kategori Organization of the Year (Zakat Management).

Kejayaan telah membawa kemenangan buat LZS apabila menerima Sustainability & CSR Malaysia Awards 2024 bagi kategori Organization of the Year (Zakat Management).

Penghargaan tersebut diberikan di atas usaha yang konsisten dalam memperkukuh kepimpinan ESG dan kebajikan komuniti di Selangor.

Kejayaan itu adalah hasil dedikasi dan kerjasama berterusan seluruh pasukan amil LZS dalam memastikan zakat yang diuruskan memberi manfaat dan impak positif kepada masyarakat serta alam sekitar di Selangor.

Dalam pada itu, antara pendekatan kelestarian yang dilakukan ialah memenuhi tanggungjawab terhadap asnaf dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Artikel Berkaitan:


LZS terus memperkukuhkan kedudukan sebagai pelopor ESG dalam setiap operasinya.
LZS terus memperkukuhkan kedudukan sebagai pelopor ESG dalam setiap operasinya.

Menerusi pelbagai program pembangunan ekonomi, kebajikan, pendidikan dan sosial telah memberi peluang kedua kepada asnaf mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Selain itu, LZS turut menegakkan amanah dan integriti melalui tadbir urus dan pengukuhan prinsip syariah dalam setiap operasi. Ini dapat dibuktikan menerusi kejayaan setiap projek yang dijalankan oleh LZS bagi memenuhi keperluan semasa.

LZS turut membangun, mengasah dan memberi inspirasi terhadap bakat dalam kalangan warga kerja menerusi latihan dan perkembangan kemahiran berterusan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan selain merangsang inovasi dalam pengurusan zakat.

Usaha LZS itu juga turut bertepatan dengan tema ESG yang dibawakan iaitu melindungi alam sekitar melalui pengawasan iklim dan sokongan.

LZS menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pesakit yang merupakan penduduk di Selangor.
LZS menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pesakit yang merupakan penduduk di Selangor.

Menerusi sokongan projek mesra alam dan mengambil langkah pengurangan pelepasan karbon melalui pengawasan iklim yang baik mampu mencapai matlamat LZS dalam usaha membina kelestarian perkhidmatan.

Kejayaan yang dicapai selama tiga dekad itu menunjukkan pengurusan zakat LZS berjaya meningkatkan kualiti hidup asnaf selain memberi impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar secara menyeluruh.

LZS turut merealisasikan prinsip ESG bagi mengukuhkan keyakinan orang ramai bahawa zakat juga mampu menjadi pemangkin perubahan lebih besar dalam pembangunan mampan di Malaysia amnya dan di Selangor.

LZS akan terus memperluaskan khususnya inisiatif yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar selaras dengan matlamat pembangunan global.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!