Kakak bunuh adik berumur 3 tahun, mayat ditemui di tempat buang sampah

Mayat mangsa dimasukkan di dalam karung oleh kakaknya. - Foto Agensi
Mayat mangsa dimasukkan di dalam karung oleh kakaknya. - Foto Agensi
A
A
A

KETAPANG - Mayat kanak-kanak berusia tiga tahun dalam karung yang menjadi mangsa pembunuhan kakak kandungnya ditemui di tempat pembuangan sampah.

Kejadian menggemparkan itu berlaku di rumah keluarga mereka di Perumahan Karyawan Perusahaan Perkebunan Sawit, Desa Danau Buntar, Kecamatan Kendawangan, Kabupaten Ketapang di Indonesia pada Rabu lalu.

Pada hari kejadian, kedua-dua ibu bapa mereka sedang menjual durian ketika mangsa dikenali sebagai MF diletakkan di bawah jagaan pelaku, MR yang berumur 19 tahun.

"Keadaan rumah keluarga itu berselerak selain lantai dipenuhi titisan darah ketika ibu bapanya pulang. MF juga tiada hingga memaksa orang tua mereka membuat laporan kepada pihak berkuasa," kata jurucakap polis.

Siasatan kemudian dijalankan dan pelaku mengaku telah membuang adiknya dan mayatnya dijumpai dalam keadaan kepala terpisah daripada tubuhnya.

"Suspek pernah cuba membunuh mangsa sebelum ini, namun berjaya diselamatkan adik-beradiknya yang lain. Pelaku dikatakan mengalami gangguan jiwa dan antara punca dia tergamak bertindak sedemikian. Motif dia membunuh adiknya bagaimanapun masih disiasat," ujarnya lagi. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!