Ketepatan model AI urus banjir belum terbukti

Musim tengkujuh yang berlaku di negara ini menyebabkan berlaku banjir yang menjadi lumrah pada setiap tahun.
Musim tengkujuh yang berlaku di negara ini menyebabkan berlaku banjir yang menjadi lumrah pada setiap tahun.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketepatan model kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan bencana banjir di negara ini belum dapat dibuktikan sepenuhnya.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, banyak negara merancang untuk ke arah penggunaan teknologi tersebut namun ia masih perlu digabungkan dengan model bercorak fizik.

“Di pihak MetMalaysia, penggunaan AI dan teknologi Internet Kebendaan (IoT) telah mula diadaptasi dalam model ramalan cuaca numerikal bagi menghasilkan output.

“Ia bukan sahaja untuk kegunaan operasi harian di jabatan ini, tetapi juga sebagai input utama kepada model ramalan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Kos pengkomputeran untuk model AI mungkin lebih murah daripada model-model berasaskan fizik-dinamik yang sedia ada, namun ketepatan model AI sepenuhnya untuk rantau tropika masih belum terbukti keberkesanannya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Kerajaan dicadangkan supaya mengintegrasikan AI dan IoT sebagai solusi pintar dan kos efektif dalam pengurusan bencana banjir di negara ini.

Menurut Bendahari Persatuan IoT Malaysia, Pathmanathan Muniandy, sistem pengesanan banjir pintar yang mampu mengintegrasikan pelbagai sumber data akan mengatasi kelemahan sistem sedia ada serta meningkatkan keupayaan ramalan banjir hingga menjangkau aspek cuaca.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!