Warga Myanmar cuba sogok polis RM200 direman

Lelaki warga Myanmar (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan untuk direman atas dakwaan tawar rasuah. Foto SPRM Pahang.
Lelaki warga Myanmar (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan untuk direman atas dakwaan tawar rasuah. Foto SPRM Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki warga Myanmar direman lima hari bermula Jumaat selepas menawarkan rasuah sebanyak RM200 kepada anggota polis untuk mengelak tindakan undang-undang.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Kuantan, Nor Izzati Zakaria terhadap lelaki berusia 28 tahun itu bagi membantu siasatan.

Berdasarkan laporan, kejadian berlaku pada sekitar jam 1.36 pagi Khamis lalu, ketika anggota polis sedang menjalankan sekatan jalan raya di Jalan Besar, berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands, Bentong.

Suspek yang menaiki kereta Proton Saga telah diperiksa oleh anggota polis, dan hasil semakan mendapati dia tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Suspek yang merupakan pemegang kad UNHCR kemudiannya menawarkan rasuah RM200 dengan harapan dibenarkan meneruskan perjalanan setelah dikenakan saman.

Walaupun telah diberi amaran keras, suspek tetap berdegil dan meletakkan wang tersebut di atas meja di hadapan anggota polis.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!