Megat Shahriman terkilan penangguhan pemilihan PHKL

Megat Shariman
Megat Shariman
A
A
A

PEMILIK kelab HockAdemy, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin terkilan dengan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL) yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu.

Megat Shahriman yang juga calon kerusi presiden badan induk hoki Kuala Lumpur itu menyifatkan insiden sedemikian sewajarnya tidak berlaku sekiranya operasi persatuan diselia dengan cekap.

“Saya memang kecewa selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Hoki Kuala Lumpur ditunda.

“Pimpinan sekarang yang ada tidak cekap dan tidak ikut prosedur. Kalau sudah tahu dokumen tak lengkap (audit), kenapa umum nak buat AGM? Bagi saya mereka tidak jujur dalam tadbir urus persatuan,” katanya.

Badan induk itu sebelum ini memaklumkan masih belum menerima akaun teraudit daripada juruaudit luar dilantik sebelum ini.

“Memandangkan keperluan Fasal 15 Perlembagaan belum dipenuhi, maka dinasihatkan dari segi undang-undang, badan induk tidak berada dalam kedudukan untuk mengadakan AGM.

“Selaras keputusan mesyuarat pada 26 Disember, badan induk memutuskan AGM akan ditangguhkan ke satu tarikh sehingga audit selesai dan akaun dimuktamadkan juruaudit luar," ujar badan induk itu dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Megst Shahriman berkata: “Kita tahu banyak kelompangan tadbir urus sekarang. Tetapi kami tetap bersedia untuk lawan dalam semua kerusi menjelang AGM tarikh baharu nanti.

Artikel Berkaitan:

“Kami mahu bekerjasama dengan semua 14 persatuan hoki negeri lain sekaligus memperkasa kembali sukan hoki negara dalam membantu Konfederasi Hoki Malaysia.”

Sebagai rekod, Megat Shariman yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) pernah mengemudi badan induk itu pada penggal 2019-2022 akan mencabar penyandang I Vikneswaran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!