Kebuluran semakin tenat di Gaza
ROM - Program Makanan Sedunia (WFP) menyatakan kebuluran semakin menghimpit penduduk di Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Menurut WFP, pihaknya hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan untuk menyokong penduduk di Gaza.
"Kami mengulangi seruan kami untuk akses yang selamat dan berterusan serta pemulihan undang-undang dan ketenteraman.
"Gencatan senjata lebih diperlukan berbanding sebelumnya,” tegas WFP di platform X. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!