Pengarah hospital Gaza ditahan Israel - Pihak berkuasa Hamas
TEL AVIV - Pihak berkuasa kesihatan yang dikawal Hamas di Semenanjung Gaza menuduh tentera Israel menahan seorang pengarah hospital, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hussam Abu Safiya, pengarah Hospital Kamal Adwan yang dikepung di utara Gaza dan puluhan pekerja lain dibawa ke kemudahan untuk disoal siasat, kata pihak berkuasa pada Sabtu.
Tentera Israel tidak segera mengulas apabila ditanya.
Pasukan Pertahanan Israel melancarkan operasi di kawasan sekitar hospital pada pagi Jumaat, mengatakan Hamas menggunakan bangunan itu untuk tujuan ketenteraan dan sebagai tempat persembunyian.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel dan menuduhnya membongkar sistem kesihatan Gaza secara sistematik.
WHO berkata, operasi terbaru itu menyebabkan Hospital Kamal Adwan 'tidak berfungsi'. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!