Lelaki tikam jiran kerana main cinta dengan isteri

Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital. Foto Agensi
Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Gara-gara sakit hati kerana jirannya bermain cinta dengan isterinya, seorang

lelaki bertindak menikam jirannya itu dalam kejadian Selasa lalu.

Mangsa, M Fajar Sidik, 32, warga Kelurahan Kanginan, Kabupaten Pamekasan, Madura ditikam berkali-kali di hadapan pintu rumah suspek dikenali MH, 46, selepas dia mengunjungi rumah lelaki tersebut.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Pamekasan, AKP Doni Setiawan berkata, suspek dipercayai menikam mangsa menggunakan sebilah pisau.

"Mangsa luka di lengan kiri dan di dada sebelah kiri.

"Siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada cemburu kerana suspek mengetahui mangsa menjalin hubungan asmara dengan isterinya," katanya kepada wartawan pada Jumaat.

Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan susulan di hospital, sementara suspek sudah ditahan.

"Suspek berdepan hukuman maksimun penjara lima tahun dan akan didakwa di bawah undang-undang Pasal 351 Ayat (2) KUHP," tambah Doni lagi. Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!