Polis cari saksi kebakaran lima rumah kedai di Sitiawan

Anggota bomba melakukan operasi pemadaman kebakaran membabitkan lima rumah kedai di Simpang Dua Pekan Gurney dekat Sitiawan pada Sabtu. Foto Bomba Perak
Anggota bomba melakukan operasi pemadaman kebakaran membabitkan lima rumah kedai di Simpang Dua Pekan Gurney dekat Sitiawan pada Sabtu. Foto Bomba Perak
A
A
A

MANJUNG - Polis meminta bantuan orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kes kebakaran melibatkan lima rumah kedai di Simpang Dua Pekan Gurney dekat Sitiawan di sini pada Sabtu.

Kejadian sekitar jam 11.40 pagi itu mengakibatkan kelima-lima premis terlibat musnah dan hangus terbakar.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, kebakaran dapat dikawal dan dipadam sepenuhnya anggota bomba pada jam 2.30 petang.

"Tiada kemalangan jiwa berlaku, bagaimanapun punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta tampil membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kebakaran lima rumah kedai di Simpang Dua Pekan Gurney dekat Sitiawan pada Sabtu.
Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kebakaran lima rumah kedai di Simpang Dua Pekan Gurney dekat Sitiawan pada Sabtu.

Maklumat boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222 dan hotline WhatsApp 014-6828005.

Artikel Berkaitan:

Kerja-kerja pemadaman kebakaran dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan dibantu Balai Seri Manjung serta Pasukan Bomba Sukarela dari Pantai Remis dan Ayer Tawar.

Operasi melibatkan keseluruhan 21 anggota menggunakan sumber air tangki jentera dan pili bomba berhampiran itu tamat sepenuhnya pada jam 2.44 petang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!