Gema Syukur 2025 pengisian kerohanian malam tahun baharu

Sambutan Tahun Baharu 2025 berbentuk kerohanian di Masjid Putra, Putrajaya Selasa ini.
Sambutan Tahun Baharu 2025 berbentuk kerohanian di Masjid Putra, Putrajaya Selasa ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Ambang tahun baharu bakal diisi dengan program kerohanian dan bermanfaat seisi keluarga menerusi Gema Syukur 2025 berlangsung di Masjid Putra di sini.

Program itu merupakan inisiatif 14 agensi di bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama rakan strategik, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), MyFundAction dan Du’at Al-Falah.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, acara akan berlangsung pada Selasa bermula 6 petang hingga 9 pagi.

Menurutnya, antara aktiviti dan pengisian yang menarik pada program itu ialah bacaan Yasin dan doa selamat dipimpin oleh Imam Besar Masjid Putra dan Gema Cinta Rasul bersama kumpulan nasyid, In-team.

"Turut diadakan Tadabbur Quran: International Quran Moment, Podcast 'Jerat Nafsu', Kira Detik 2025 bersama doa keberkatan serta qiamullail bersama Syeikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki.

"Selain itu, lebih 15 menu sarapan percuma disediakan serta hadiah Istimewa seperti syiling emas tajaan YaPEIM (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia) untuk pengunjung bertuah," menerusi perkongsian itu.

Katanya, program itu terbuka kepada semua dan masuk adalah percuma.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!