China perkenal prototaip kereta api terpantas di dunia

Prototaip kereta api laju CR450, yang mampu beroperasi pada kelajuan 400 km/j. Foto Xinhua
Prototaip kereta api laju CR450, yang mampu beroperasi pada kelajuan 400 km/j. Foto Xinhua
A
A
A

BEIJING - Prototaip kereta api laju CR450, yang mampu beroperasi pada kelajuan 400 kilometer sejam (km/j), diperkenalkan di Beijing pada Ahad, menurut pengendali kereta api negara itu.

CR450 juga diuji pada kelajuan maksimum 450 km/j, mencerminkan kemajuan terkini China dalam teknologi itu, kata China State Railway Group Co, Ltd (China Railway), lapor Xinhua.

Model baharu ini jauh lebih pantas berbanding kereta api laju CR400 Fuxing yang sedang beroperasi, dengan kelajuan perkhidmatan 350 km/j.

Bahagian dalam tempat duduk kelas perniagaan. Foto Xinhua
Bahagian dalam tempat duduk kelas perniagaan. Foto Xinhua

China Railway akan menjalankan siri ujian laluan untuk prototaip ini dan mengoptimumkan penunjuk teknikalnya bagi memastikan CR450 dapat memasuki perkhidmatan komersial secepat mungkin. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!