3 penjawat awam antara 12 ahli kongsi gelap diberkas

Huzir (lima dari kanan) menunjukkan barangan yang dirampas pada sidang media di Bukit Aman hari ini.
Huzir (lima dari kanan) menunjukkan barangan yang dirampas pada sidang media di Bukit Aman hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memberkas 12 orang termasuk tiga penjawat awam dipercayai ahli kongsi gelap AYT 99 di Kelantan dan Selangor pada 22 dan 23 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya turut menahan ketua kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Ayah Yie Tiger.

"Kumpulan ini dilaporkan terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah kekerasan dengan niat cuba mendatangkan ketakutan termasuk melakukan cubaan bunuh, ugutan, pemerasan serta mencederakan mana-mana pihak yang didapati mempunyai masalah sama ada dengan ketua atau ahli kumpulan ini," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!