Jeju Air mohon maaf insiden korbankan 179 penumpang
SEOUL - Syarikat penerbangan tambang murah Jeju Air memohon maaf atas insiden nahas membabitkan pesawat miliknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada Ahad.
Jeju Air dalam satu kenyataan di media sosial syarikat memaklumkan, pihaknya akan melakukan segala yang termampu bagi membantu pihak yang terlibat susulan tragedi ini.
"Kami di Jeju Air akan melakukan segala yang terdaya sebagai respons kepada nahas ini. "Kami memohon maaf secara ikhlas kerana menimbulkan kebimbangan," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan. - Awani/Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!