Menteri arah Jawi siasat zikir pelik di kubur

Sekumpulan individu didakwa melakukan aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, di sini menjadi tular di media sosial pada Sabtu.
Sekumpulan individu didakwa melakukan aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, di sini menjadi tular di media sosial pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan siasatan terperinci berkaitan perhimpunan sekumpulan individu di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, Setapak di sini.

Mohd Na'im berkata, mereka yang mempunyai maklumat adalah dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kepada Jawi bagi membantu siasatan.

Mohd Na'im
Mohd Na'im

Menurutnya, semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian tersebut.

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana perlakuan dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

"Semua pihak dimohon untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa agama Islam, " katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Terdahulu tular satu video berdurasi 23 saat memaparkan sekumpulan individu berzikir secara pelik dan kuat di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, Setapak.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan berhubung kejadian itu.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, perbuatan tersebut dipercayai berlaku pada Sabtu, sekitar jam 10.05 pagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!