Presiden baharu Georgia, Kavelashvili angkat sumpah

Mikheil Kavelashvili (kanan) mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Georgia dalam satu majlis di parlimen di sini - Foto Reuters
Mikheil Kavelashvili (kanan) mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Georgia dalam satu majlis di parlimen di sini - Foto Reuters
A
A
A

TBILISI - Mikheil Kavelashvili mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Georgia dalam satu majlis di parlimen di sini, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Upacara itu berlangsung walaupun berlaku bantahan selama beberapa minggu dan keengganan penyandang jawatan, Salome Zourabichvili untuk berundur.

Kavelashvili, 53, bekas pemain bola sepak kebangsaan berjanji untuk berkhidmat demi kepentingan negara.

Sementara itu, Zourabichvili memaklumkan kepada penyokongnya bahawa walaupun meninggalkan istana presiden, beliau tetap membawa bersamanya keabsahan jawatan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!