Gear pendaratan gagal berfungsi, pesawat Air Canada terbabas, terbakar

Kejadian dipercayai berlaku akibat gear pendaratan yang tidak berfungsi, menyebabkan pesawat itu terbabas dan terbakar. - X @nikki_m_vee
Kejadian dipercayai berlaku akibat gear pendaratan yang tidak berfungsi, menyebabkan pesawat itu terbabas dan terbakar. - X @nikki_m_vee
A
A
A

NOVA SCOTIA - Sebuah pesawat penerbangan Air Canada AC2259 tergelincir dari landasan dan sebahagian fiuslajnya terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Halifax Stanfield di Nova Scotia, Kanada, pada Ahad.

Media antarabangsa melaporkan kejadian berlaku akibat gear pendaratan yang tidak berfungsi, menyebabkan pesawat itu terbabas dan terbakar.

Penerbangan itu berlepas dari St John membawa 80 penumpang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, lapangan terbang itu ditutup buat sementara waktu.

Insiden tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, yang mengorbankan 179 penumpang. Agensi/ Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!