200 rumah terjejas benteng takungan air pecah di Saujana Utama

Laporan Sinar Harian berhubung kejadian benteng takungan air pecah di Taman Sri Alam di Saujana Utama pada Ahad.
Laporan Sinar Harian berhubung kejadian benteng takungan air pecah di Taman Sri Alam di Saujana Utama pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kira-kira 200 rumah dipercayai terjejas susulan kejadian benteng takungan air bersebelahan Taman Sri Alam di Saujana Utama pecah dan melimpah ke kawasan taman perumahan itu petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Azrel Izaidi Ahamad berkata, limpahan air itu kini telah surut, dan perbincangan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada perlu memindahkan penduduk yang terjejas.

"Air sudah surut, cuma satu lorong yang agak rendah masih digenangi air, dan ia mengambil masa untuk surut sepenuhnya. Oleh itu, pihak bomba akan melakukan kerja-kerja penyedutan air di kawasan itu.

"Kami masih menilai keperluan untuk memindahkan penduduk kerana keadaan kini menunjukkan tanda-tanda pulih. Bagaimanapun, proses mengenal pasti kerosakan mungkin memerlukan masa. Kami akan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar sebelum ini dilaporkan berkata tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Beliau berkata Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama menerima panggilan kecemasan pada 5.15 petang dan menggerakkan lima pegawai serta anggota ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi, paras air di kawasan taman perumahan berkenaan didapati mencecah satu kaki. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!